Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyediakan sebuah platform perkongsian data mentah penyelidikan menerusi platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) yang dijangka dilancar hujung tahun ini.<br /><br />Platform ini akan menghubungkan lima universiti penyelidikan negara di bawah projek rintis MOSP sebagai pintu gerbang kepada data mentah penyelidikan yang menjadi aset berharga negara.
